Kenali MSQ



PENGENALAN SYARIKAT



MSQ Power Training ditubuhkan atas  kesedaran  untuk  bersama-sama memberi sumbangan dalam usaha  membangunkan  modal insan. Bermula   daripada  sebuah  gerakan  sukarela, yang  dikenali sebagai  Team Bina Insan ( TBI ),  Persatuan Perunding Motivasi Insan Kuala Lumpur pada tahun 2003, Modul &  program TBI telah mendapat sambutan dan penerimaan di luar jangkaan.
          
          Idea asal kewujudan TBI  adalah bermatlamat untuk  membina barisan  jurulatih yang berkualiti serta membina modul-modul  yang menyentuh  nurani dan member impak  kepada  peserta. Dalam tempoh tersebut, lebih  300 buah  organisasi termasuk sekolah, badan-badan kerajaan, IPTA, IPTS, dan sektor swasta telah memberi kepercayaan kepada MSQ dan TBI untuk mengendalikan program di serata negara.

          Atas kesedaran dan tanggungjawab, MSQ akan terus berusaha untuk menanggung amanah kenabian bagi membina umat agar terus kukuh di atas paksi kecemerlangan dunia dan akhirat.


OBJEKTIF SYARIKAT

  • ü   Melahirkan generasi  yang dilengkapi dengan tuntutan Intellectual Quotient (IQ),Emotional Quotient       (EQ), Spiritual Quotient (SQ) dan Physical Quotient (PQ).
  • ü       Membina generasi rabbani yang soleh & solehah
  • ü Menyediakan modul yang menggabungkan elemen dakwah, motivasi, psikologi & kaunseling yang  dapat menyentuh & menggerakkan nurani insan berpandukan ‘Tarbiyah Nabawiyyah’  berasaskan pendekatan kontemporari
  •  ü    Menyediakan ‘team trainer’ yang mantap dan berkualiti.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...